Dua penggerak terpenting untuk meningkatkan kehidupan rakyat secara besar-besaran adalah teknologi dan kerajaan. MYHackathon akan menggabungkannya – dengan kemahiran dan idea ANDA!
MYHackathon adalah program PENJANA yang akan membawa teknologi dan digitalisasi kepada perkhidmatan kerajaan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam utama kepada Rakyat yang dapat menghidupkan kembali ekonomi dalam keadaan “Normal Baru” ini.
MYHackathon keempat berlaku SEPENUHNYA ONLINE untuk para peserta, disiarkan secara langsung dari Kuching!
Jika anda mempunyai visi, keberanian dan tekad untuk membuat perbezaan – SERTAI KAMI!
Bina Negara adalah tema untuk hackathon keempat. Tumpuannya adalah untuk meningkatkan program pembangunan infrastruktur negara melalui penyelesaian dan teknologi digital – untuk meningkatkan proses pengurusan “govt-2-citizen”, menerapkan model perniagaan dan pengurusan kos yang lebih efisien, dan mengumpulkan data yang tepat untuk perancangan.
Tema Bina Negara mempunyai 5 pernyataan masalah yang dihadapi oleh perkhidmatan kerajaan. Tugas anda adalah untuk “hack” permasalahan dan memberikan jalan penyelesaian yang terbaik.
Untuk meningkatkan program pembangunan infrastruktur negara melalui penyelesaian dan teknologi digital – untuk meningkatkan proses pengurusan “govt-2-citizen”, menerapkan model perniagaan dan pengurusan kos yang lebih efisien, dan mengumpulkan data yang tepat untuk perancangan.
Muat turun Pernyataan Masalah Terperinci untuk Tema Bina Negara
Khamis, 16 Nov 2020
Penyataan Masalah dikeluarkan
Daftar untuk Hackathon
PENDAFTARAN DITUTUP
Pilih “Kuching/Bina Negara”
Isnin, 23 Nov 2020
Pelancaran Hackathon KCH :
Masa: 8.30 pg -12.00 tgh
Hadir pada hari pelancaran SEPENUHNYA ONLINE dan dapatkan petua & kandungan tentang cara membuat penyerahan terbaik untuk pasukan anda.
Hanya 3.5 jam & kami berjanji akan menjadi masa yang menarik untuk anda & ahli pasukan anda. (Ya, semua ketua pasukan & ahli pasukan dijemput hadir, pautan Zoom akan dikongsi melalui alamat e-mel & SMS ke nombor telefon yang tertera dalam borang pendaftaran.)
PENTING: Pendaftaran Dalam Talian TUTUP pada jam 5.00 petang, 23 November 2020
Pautan pendaftaran: register.myhackathon.com.my
Hadiriprogram dan bengkel Pelancaran.
Muat Turun:
Selasa, 24 Nov 2020
Hingga Sabtu, 28 Nov 2020
[All Online/Remote] Sesi:
Usahakan idea, penyelesaian dan bahan persembahan anda.
Hadiri webinar dalam talian.
Dapatkan bantuan daripada mentor dan jurulatih.
Hantar projek anda (jika anda sudah bersedia)
Ahad, 29 Nov 2020
Tarikh Akhir Penghantaran:
Hari terakhir untuk penyerahan projek ‘Bina Negara’
Tarikh Akhir: 11.00 malam pada 29 November 2020
Penyerahan borang adalah 100% hanya melalui platform dalam talian sahaja.
Sebarang penghantaran yang diterima SELAPAS TEMPOH 11.00 malam pada 29 November 2020 akan ditolak secara automatik.
Isnin, 30 Nov 2020
Hingga Khamis, 3 Dec 2020
Senarai Pendek Penyerahan:
Semua penyerahan akan dinilai dan disenarai pendek.
10 senarai Terbaik dari Sprint dan 10 senarai teratas dari kategori Marathon akan diumumkan sebagai Finalis.
Jumaat, 4 Dec 2020
Pengumuman Finalis TOP 10:
10 Finalis Terbaik untuk kategori Sprint & Marathon akan diumumkan pada pukul 10.00 pagi melalui saluran media sosial kami untuk dirujuk oleh orang ramai, sementara wakil Hikmat Pelanggan kami akan menghubungi setiap ketua pasukan yang disenarai pendek (melalui nombor telefon yang tertera dalam borang penyerahan)
Sesi Pra Taklimat Finalis:
Semua finalis akan dijemput ke sesi pra-taklimat persendirian finalis pada jam 6.00 petang – 6.30 petang pada hari yang sama dengan pengumuman. Kami akan menghantar e-mel kepada semua ketua pasukan pautan Zoom peribadi untuk sesi tersebut.
Tarikh dan program ini penting bagi mereka yang telah disenarai pendek sebagai Finalis Johor Bahru. Mereka terdiri daripada 10 pasukan terbaik untuk kategori Sprint dan 10 pasukan terbaik untuk kategori Marathon.
Sabtu, 5 Desember 2020
Coaching & Mentoring Lanjutan
(Melalui Dalam Talian / Pemantauan Jauh)
Tingkatkan persembahan & penyelesaian anda.
Perkemaskan persembahan dan penyelesaian anda atau demo / prototaip.
Kosongkan jadual 2 hari seterusnya & bersiaplah untuk menghadiri Hari Bootcamp & Final Pitch Day – semua sesi adalah SEPENUHNYA ONLINE melalui ZOOM!
Ahad, 6 Desember 2020
Bootcamp Sepanjang Hari.
Masa: 8.30am – 5.00pm
Sesi Bootcamp terdiri daripada 3 bahagian:
i. Kandungan: Membuat kerangka, pitch, dan penceritaan anda.
ii. Pitch-Coach: pembentangan kepada jurulatih dan dapatkan maklum balas.
iii. ‘Dry-Run‘ Berjadual: Setiap pasukan akan melakukan sesi pembentangan ‘Dry-Run‘ berjadual dengan pasukan produksi untuk memastikan perjalanan yang lancar.
Dapatkan bimbingan teknik dan latihan pitching 1-1
Isnin, 7 Desember 2020
MYHackathon Johor Bahru HARI PITCH
Masa: 8.00am – 5.00pm
Masa anda untuk menyerlah!
Bentangkan idea dan penyelesaian anda ke panel hakim yang diketuai oleh CRADLE.
Pemenang akan diumumkan pada jam 3.30 petang pada hari yang sama.
Semak kriteria kelayakan anda di sini
Untuk setiap MYHackathon, hanya Ahli Pasukan 1 (Ketua Pasukan) yang perlu mendaftar untuk setiap pasukan. Kami sangat mengesyorkan kepada sesiapa yang ingin mengambil bahagian untuk membentuk pasukan minimum 2 orang & maksimum 5 orang. Hanya Ketua Pasukan harus mendaftar ke portal pendaftaran dalam talian MYHackathon.
Syarikat juga boleh memasuki MYHackathon dengan kakitangan & pengurusan mereka sebagai ahli pasukan. Calonkan minimum 2 orang & maksimum 5 orang untuk memasuki program MYHackathon.
Syarikat juga dibenarkan menghantar lebih dari 1 pasukan untuk setiap MYHackathon, dengan syarat ketua pasukan & ahli pasukan tidak sama, kerana 1 orang hanya dibenarkan mendaftar dalam 1 pasukan untuk setiap MYHackathon.
Tarikh Tutup bagi MYHackathon KCH
– Tarikh Tutup Pendaftaran Dalam Talian: 5.00 pm, 23 November 2020
– Pautan pendaftaran: register.myhackathon.com.my